![]() |
||||||||||
![]() |
|
![]() |
||||||||
SEJARAH PENUBUHAN KOKURIKULUM SEKOLAH
ekolah Rendah Agama Bersepadu, Kerajaan Negeri Johor ( SRAB ) mula diperkenalkan di Negeri Johor hasil mesyuarat dari keputusan mesyuarat jawatan kuasa kajian terhadap Sistem Pendidikan Agama Negeri Johor yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Ia dicadangkan untuk mencapai maksud dan kehendak pelan tindakan belanjawan kajian pendidikan agama 1998. Justeru, pada 4hb Januari 1999, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kerajaan Negeri Johor telah memulakan sessi persekolahan yang pertama di lapan buah sekolah di seluruh Negeri Johor dengan sebuah sekolah di setiap daerah. Penubuhan Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kerajaan Negeri Johor ( SRAB ) juga adalah kesan dari hasrat masyarakat di negeri ini yang inginkan kesinambungan kepada darjah khas. Unit Kokurikulum pula diperkenalkan pada tahun yang sama. Dengan kekuatan tenaga pengajar pada tahun 1999 hingga tahun 2001 yang kurang serta pelajarnya hanya sehingga tahun 3 sahaja pihak kokuriklum sekolah hanya memperkenalkan sukaneka bagi memastikan kokurikulum sekolah berjalan. Pada tahun 2002, unit kokurikulum sekolah membuka lembaran baru di mana sukan olahraga telah dijalankan di Stadium Batu Pahat dan Unit Pakaian Seragam yang terdiri daripada Pengakap, PBSM dan PPI ditubuhkan buat kali pertama serta Kelab dan Persatuan juga ditubuhkan. Pada tahun 2003, sekali lagi unit kokurikulum sekolah membuka lembaran baru di mana unit kokurikulum Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Batu Pahat telah bersama dengan Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat bagi menyertai segala kegiatan – kegiatan kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak PPD sehinggalah ke hari ini. Selain daripada itu unit kokurikulum sekolah juga terlibat dengan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Batu Pahat dalam aktiviti-aktiviti melibatkan kokurikulum Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. VISI Unit Kokurikulum Sek Rendah Agama Bersepadu Daerah Batu Pahat Mendidik Murid-Murid Supaya Cemerlang Gemilang dan Terbilang dalam semua aspek kokurikulum MISI Unit Kokurikulum Sek Rendah Agama Bersepadu Daerah Batu Pahat Memberikan Pendedahan kepada murid dalam membentuk jatidiri yang berdaya saing dalam menempuh dugaan serta menjadi seorang pemimpin yang berketerampilan. OBJEKTIF KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU DAERAH BATU PAHAT · Memenuhi keperluan murid dari segi intelek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, serta menyemai nilai-nilai spritrual, moral dan etika yang diingini selaras dengan aspirasi rukun Negara. · Memupuk semangat perpaduan, perasaan kekitaan dalam kalangan murid · Melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdikari berdisiplin dan mengasah potensi atau bakat kepimpinan yang ada dalam diri murid-murid. · Memberi peluang kepada murid-murid untuk memperolehi kemahiran serta meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam sesuatu bidang yang disertai. · Mewujudkan suasana dan persekitaran yang sihat di sekolah-sekolah untuk membantu pertumbuhan jasmani dan rohani yang seimbang dalam diri murid-murid. LOGO KOKURIKULUM 1) 3 anak panah menunjukkan ke atas membuktikan kokurikulum SRAB akan berusaha menuju kejayaan 2) Sentiasa mencuba sehabis baik membawa erti segala aktiviti yang dianjurkan oleh unit kokurikulum SRAB akan mencuba buat sehabis baik. 3) Perisai bawah anak panah membawa maksud sanggup menempuh segala dugaan yang mendatang. 4) Bulat menunjukkan kesefahaman antara guru-guru bagi merealisasikan impian sekolah berjaya memperolehi kejayaan 5) Warna merah membawa maksud berani mencuba. 6) Hijau membawa maksud imej Islam akan dijaga walaupun di mana berada.
JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI : PN HJH RAZIAH BINTI OMRAN NAIB PENGERUSI : MOHD AZHARRI HJ DIMAN (GPK KOKU) PN ZAINAH BINTI MOHAMED IBRAHIM (GPK 1 ) PN RAFIAH BINTI AFANDI (GPK HEM ) SETIAUSAHA : EN MOHD MAHADZIR BIN SUKAYAT BENDAHARI : EN AKMAL BIN MOHD YATIM SEKSYEN SUKAN : EN AZLAN SHAH BIN MOHD KASSIM & PERMAINAN SEKSYEN UNIT PAKAIAN : EN AKMAL BIN MOHD YATIM SERAGAM SEKSYEN KELAB DAN : PN SURIYATI BINTI MOHAMED PERSATUAN SEKSYEN KO AKADEMIK : PN SUKMAWATI BINTI RAMLI SEKSYEN LAWATAN : PN NORAZIZAN BINTI SARJO SEKSYEN PERAYAAN : PN AZIZAH BINTI ABD HAMID DAN ACARA RASMI SEKSYEN MAJALAH : EN MD RIDZUAN BIN MOHD TAIB
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |