srabbp.zoom-a.com
SEK.RENDAH AGAMA BERSEPADU BATU PAHAT
TAMAN BUKIT PASIR, Tel : 074352214
, Faks : 074352214
e-mel : srabbp@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK DAN SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | UNIT HEM | KOKURIKULUM | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |

Sejarah Ringkas
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat


Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kerajaan Negeri Johor ( SRAB ) mula diperkenalkan di Negeri Johor hasil mesyuarat dari keputusan mesyuarat jawatan kuasa kajian terhadap Sistem Pendidikan Agama Negeri Johor yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Ia dicadangkan untuk mencapai maksud dan kehendak pelan tindakan belanjawan kajian pendidikan agama 1998. Justeru, pada 4hb januari 1999, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kerajaan Negeri Johor telah memulakan sessi persekolahan yang pertama di lapan buah sekolah di seluruh Negeri Johor dengan sebuah sekolah di setiap daerah. Penubuhan Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kerajaan Negeri Johor ( SRAB ) juga adalah kesan dari hasrat masyarakat di negeri ini yang inginkan kesinambungan kepada darjah khas.

Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kerajaan Negeri Johor ( Srab ) Daerah Batu Pahat di tubuhkan pada Januari 1999, menumpang di bangunan Sekolah Agama Kenangan Dato’ Onn. mengambil pelajar-pelajar tahun satu lelaki dan perempuan seramai 85 orang, dibahagikan kepada dua kelas iaitu 1 tabah dan 1 cekal. tenaga pengajar seramai enam orang dan seorang pembantu tadbir.

Pada tahun 2000, seramai 84 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah memduduki ujian kelayakan. Penambahan empat orang tenaga pengajar baru diterima.

Pada tahun 2001, seramai 82 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah memduduki ujian kelayakan pada bulan julai 2000. Penambahan lima orang tenaga pengajar baru diterima.

Pada Tahun 2002, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Batu Pahat telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Taman Murni, Batu Pahat. Bangunan ini merupakan bangunan 1 blok, mengandungi 12 buah bilik
darjah, pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik komputer, makmal sains, bilik serbaguna, stor sukan, bilik rawatan, perpustakaan, pusat sumber dan bilik solat.

Seramai 83 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah menduduki ujian kelayakan pada Julai 2001. Penambahan lima orang tenaga pengajar baru pada bulan Januari 2002 dan dua orang lagi pada Julai 2002.

Pada tahun 2003, seramai 80 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah memduduki ujian kelayakan pada bulan Ogos 2002. Penambahan tiga orang tenaga pengajar baru diterima pada bulan januari 2003.

Pada tahun 2004, seramai 80 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah memduduki ujian kelayakan pada bulan Ogos 2003. Penambahan empat orang tenaga pengajar baru diterima.

Pada tahun 2005, seramai 79 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah memduduki ujian kelayakan pada bulan September 2004. Pada keseluruhannya, jumlah murid pada tahun 2005 adalah seramai 408 orang murid. Tenaga pengajar pula seramai 28 orang dan seorang pembantu tadbir.

Pada tahun 2006, seramai 75 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah memduduki ujian kelayakan pada bulan Ogos 2005. Pada keseluruhannya, jumlah murid pada tahun 2006 adalah seramai 413 orang murid. Tenaga pengajar pula seramai 31 orang dan seorang pembantu tadbir.

Pada tahun 2007 seramai 90 orang pelajar tahun satu, lelaki dan perempuan diterima masuk setelah menduduki ujian kelayakan pada bulan Ogos 2006. Pada keseluruhannya, jumlah murid pada tahun 2007 adalah seramai 419 orang murid.Tenaga pengajar pula seramai 29 orang dan seorang pembantu tadbir.

Pada tahun 2008 seramai 84 orang pelajar tahun 1, lelaki dan perempuan diterima setelah masuk menduduki ujian kelayakan pada bulan Julai 2007. Pada keseluruhannya jumlah murid pada tahun 2008 adalah seramai 442. Tenaga pengajar pula seramai 30 orang dan seorang pembantu tadbir.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: